Lawwa.Asia mempunyai sebuah pusat akademi yang menyediakan kursus-kursus latihan pelbagai rawatan dalam bidang terapi kecantikan. Pusat akademi ini dilengkapi peralatan pembelajaran dan latihan serta tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang yang diceburi. Berikut adalah senarai kursus yang kami tawarkan:
Kursus Rawatan
Kulit Muka
Anda akan belajar bagaimana menganalisis jenis kulit dan teknik pembersihan wajah serta rawatan yang sesuai.
Kursus Rawatan
Kulit Kompleks
Anda akan belajar mengenai penjagaan kulit yang kompleks serta produk yang sesuai digunakan dan sesi pembelajaran bersama tenaga pengajar profesional.
Kursus Rawatan
Muka Intensif
Anda akan belajar teknologi terbaru, pendekatan terkini dan penjagaan yang selamat bagi merawat kulit muka pelbagai jenis.
Kursus Terapi Urut
Anda akan belajar teknik terapi urutan untuk pelbagai jenis rawatan secara profesional oleh tenaga pengajar yang berkemahiran dan berkelayakan.
Kursus Penjagaan Bersalin
Kursus ini menawarkan program penjagaan bayi dan ibu baru bersalin yang menggabungkan cara penjagaan tradisional dan juga moden.
Kursus Urut Bersalin
Anda akan belajar teknik terapi urutan khusus untuk rawatan ibu baru bersalin secara profesional oleh tenaga pengajar yang berkemahiran dan berkelayakan.
Kursus Penjagaan Badan
Kursus ini akan mengajar anda pendekatan yang menyeluruh dalam penjagaan badan dari hujung rambut ke hujung kaki.
Kursus Solekan Wajah
Kursus solekan wajah merangkumi pembelajaran teknik solekan yang sesuai untuk setiap jenis majlis dan acara.
Kursus Penjagaan Kesihatan
Anda akan belajar cara pemakanan, diet dan penjagaan kesihatan dalam pencegahan dan rawatan pelbagai jenis penyakit.
Kursus Tambahan
Kami menyediakan pelbagai kursus tambahan yang berkaitan dengan bidang kecantikan dan rawatan seperti manikur, waxing, terapi guasa dan banyak lagi.