Kami sentiasa mencari calon yang berpotensi untuk menyertai Lawwa.Asia sebagai PBT (personal Beauty Therapist). Kami akan mengadakan sesi temu ramah bagi setiap calon untuk memastikan mereka bersedia dan sesuai untuk mengikuti program latihan eksklusif kami.
Kami menyediakan sesi latihan eksklusif untuk calon-calon PBT yang telah memenuhi syarat semasa sesi temu ramah kami. Latihan intensif yang kami anjurkan akan melayakkan peserta yang lulus untuk berkhidmat sebagai juruterapi Lawwa.asia yang sah dan berdaftar.